'Filem Konspirasi masih tayang di Singapura, negara lain' – Elepfilm Entertainment

'Filem Konspirasi masih tayang di Singapura, negara lain' – Elepfilm Entertainment

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Syarikat produksi Elepfilm Entertainment yang menerbitkan filem Konspirasi memaklumkan naskhah itu akan terus ditayangkan di pawagam Singapura dan negara-negara lain.

Perkara itu diumumkan menerusi hantaran pendek di platform media sosial rasmi mereka, beberapa jam lalu.

“Pihak produksi secara rasmi mengumumkan bahawa filem aksi-thriller terbaharu terbitan kami, Konspirasi, ditamatkan tayangannya di seluruh rangkaian pawagam Malaysia berkuat kuasa pada 28 Mei 2026.

“Keputusan ini terpaksa diambil berikutan perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, tayangan filem Konspirasi di seluruh pawagam Singapura dan negara lain tidak terjejas, serta masih berjalan seperti biasa,” tulis kenyataan itu.

Elepfilm Entertainment bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai alasan tayangan filem itu dihentikan selepas seminggu ditayangkan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan filem Konspirasi yang ditayangkan di pawagam sejak 21 Mei lalu dilaporkan dihentikan tayangan serta-merta sekali gus mencetuskan kejutan dalam kalangan peminat dan penggiat industri.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top