Terima mesej penerbit, Fathia Latiff akur tiada lagi peluang pegang watak utama

Terima mesej penerbit, Fathia Latiff akur tiada lagi peluang pegang watak utama

Pelakon, Fathia Latif mendedahkan dirinya menerima mesej daripada seorang penerbit yang memaklumkan bahawa dia tidak lagi menjadi pilihan utama untuk memegang watak heroin.

Tiada lagi watak utama

Menerusi perkongsian di Threads, Fathia berkata pada awalnya penerbit tersebut menghubunginya dengan niat untuk menawarkan peluang berlakon, namun mesej itu bertukar kepada penjelasan bahawa dia tidak lagi dipilih sebagai pelakon utama.

Menurut Fathia, dia menerima perkara tersebut dengan hati terbuka dan tidak mengambil hati kerana memahami perubahan dalam industri hiburan yang bersifat berputar serta bergantung kepada permintaan semasa.

“Bila tengah popular, ramai producer, TV atau jenama nak ambil kita berlakon… tapi bila dah tak ‘panas’, orang tak pandang,” ciapannya semalam.

Tambahnya, situasi sedemikian bukan perkara asing bagi mana-mana pelakon kerana pasang surut kerjaya adalah lumrah dalam industri seni.

Dalam masa sama, Fathia turut berkongsi bahawa fokusnya kini lebih terarah kepada perniagaan sendiri yang sedang dibangunkan, walaupun masih kecil, serta berharap ia dapat berkembang pada masa hadapan.

Dia juga meluahkan harapan agar orang ramai terus memberikan sokongan dan doa untuk kejayaannya dalam fasa baharu kehidupannya.

“Harap doa dan sokongan korang untuk masa depan yang lebih baik,” katanya lagi.

Artikel lain: Fathia Latiff akui hati sedang berbunga, beri bayangan tengah dilamun cinta?

Setakat ini, Fathia tidak mengulas lanjut mengenai penerbit yang dimaksudkan mahupun projek yang terlibat.

Sumber: Threads fatiyalatiff

Scroll to Top