am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Dua mangsa kebakaran ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kediaman di Taman Ehsan Jaya di sini, malam ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 9.06 malam dan jentera tiba jam 9.12 malam sebelum kebakaran dapat dikawal pada jam 10.05 malam.
Menurutnya, seramai 14 anggota termasuk jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Tebrau dan Kempas ke lokasi kejadian.
“Kebakaran memusnahkan 60 peratus membabitkan rumah teres struktur kekal dua tingkat.
“Anggota Bomba menemukan dua mangsa dipercayai remaja dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat atas rumah.
“Pasukan EMRS memberi rawatan awal dan mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI),” katanya menerusi siaran media.
© New Straits Times Press (M) Bhd




