Amaran ribut petir, hujan lebat di 5 negeri hingga 1 pagi

Amaran ribut petir, hujan lebat di 5 negeri hingga 1 pagi

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di lima negeri iaitu Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak hingga 1 pagi ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 8.30 malam, kawasan terlibat ialah Dungun dan Kemaman di Terengganu, Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat dan Mersing).

Di Sabah, cuaca buruk dijangka melanda pedalaman Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan, Pantai Barat (Papar), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

Di Sarawak pula, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Kapit (Song) serta Limbang (Lawas).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top