mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Saya tak main (pickle ball) pun, saya datang sebab melawat kawan-kawan, sambil tengok Aidil main,” kata pelakon Fasha Sandha.
Acara yang diadakan sempena promosi filem 5 Bomoh di Cave PP ClubPickleball, Jalan Ampang, di sini, malam tadi menjadi medan pertemuan antara selebriti, media dan komuniti sukan.
Fasha turut bertemu dengan pelakon Nora Danish yang mengambil bahagian dalam acara ini.
“Yang grup-grup bertanding semua, sahabat-sahabat artis saya, rakan-rakan artis saya mainlah. Sengaja saya datang support rakan-rakan artis termasuk Nora.
“Saya tak dapat sertai sebab baru habis shooting. Saya memang ada main pickle ball tapi tak hebatlah. Masih baru lagi. Yang main malam ini (tadi) semua orang hebat-hebat.
“Saya datang untuk lawat kawan-kawan, sokong suami saya, dia memang ‘sportsman’, so kita enjoy lah tengok dia orang main. Permainan ini pun mengeratkan ukhuwah juga,” katanya.
Sementara itu, Nora pula berkata, dia terharu apabila melihat Fasha turut hadir ke acara berkenaan.
“Wah Fasha datang! sebab masa nampak nama Aidil itu, saya fikir Fasha memang ada datang. Tapi sebab Fasha kerja, jadi Fasha datang kemudian pun saya rasa macam baguslah.
“Kita memang perlukan artis-artis begini, always support each other. Itu yang paling penting. Saya pun tak ada dalam filem 5 Bomoh ini, tapi saya support rakan-rakan artis lain,
“Sebab kadang-kadang tak best bila kita buat filem, kita saya (pelakon-pelakon terbabit) saja ada. Kan best kalau ada orang-orang luar daripada filem itu pun sama-sama join,” katanya.
Ditanya sekiranya mereka digandingkan berpasangan dalam pertandingan pickle ball, Fasha tidak menolak perkara ini.
“Eh boleh! Saya baru, Nora dah lama, Nora selalu main,” kata Fasha merendah diri sebelum Nora menyambung bahawa dia tidak kisah untuk menyertai acara membabitkan selebriti.
“Tapi saya dengan Fasha tak boleh digandingkan sebab kita orang dua-dua ini ‘newbie’, memang kalahlah. Kami kena digandingkan dengan orang yang lebih hebat.
“Macam Fasha boleh digandingkan dengan suami dia. Saya dengan orang lain. Sebenarnya saya main memang untuk suka-suka sahaja. Jangan yang beria-ia sangat,” katanya.
Nora berkata, dia akan terus bermain pickle ball sebagai rutin untuk menjaga kesihatan, manakala Fasha pula lebih terarah kepada senaman kardio dengan joging sebanyak lima kilometer sehari.
© New Straits Times Press (M) Bhd




