Oh! Artis
Foto mesra Emma Maembong dan DJ Kidd kembali jadi perhatian netizen hingga cetus spekulasi
Pelakon popular Emma Maembong sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas tular satu foto mesra bersama bekas kekasihnya, DJ Kidd.
Menerusi perkongsian di Threads oleh rakan mereka dikenali sebagai Engku Sulwani, gambar pasangan itu mengenakan pakaian putih berjaya mencuri perhatian netizen yang mula membuat pelbagai andaian mengenai hubungan mereka sekarang.
Netizen mula tertanya-tanya hubungan Emma Maembong

Apa yang lebih menguatkan spekulasi apabila kapsyen ringkas dimuat naik berbunyi:
Love birds.- Tulisnya.
Perkongsian itu terus dibanjiri komen netizen yang tertanya-tanya sama ada Emma dan DJ Kidd kini sudah kembali bersama selepas sebelum ini hubungan mereka dikatakan sudah berakhir.
DJ Kidd tinggalkan emoji hati

Bukan itu sahaja, DJ Kidd turut dilihat meninggalkan komen emoji hati pada ruangan komen hantaran tersebut sehingga membuatkan ramai lagi makin ‘berteka-teki’.
Namun begitu, sehingga kini kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai status sebenar hubungan mereka.

Terdahulu, Emma pernah meluahkan rasa terkilan apabila DJ Kidd mendedahkan secara terbuka mengenai hubungan mereka yang sudah berakhir.
Walaupun kurang selesa berkongsi soal peribadi kepada umum, Emma memilih untuk menerima perkara itu dengan hati terbuka dan menjelaskan hubungan mereka masih berada dalam keadaan baik meskipun sudah berpisah.
Pssttt! Kadang-kadang bila nampak pasangan kembali rapat, netizen memang cepat buat spekulasi. Tapi selagi tuan badan belum bersuara, mungkin lebih baik kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka, korang.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




