Agong titah usaha banteras rasuah mesti dilaksana tanpa pilih kasih

Agong titah usaha banteras rasuah mesti dilaksana tanpa pilih kasih

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihati Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman supaya melaksanakan amanah dipikul dengan penuh integriti.

Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat itu ketika menerima menghadap Abdul Halim di Istana Negara, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda turut bertitah, usaha membanteras gejala rasuah mesti dilaksanakan secara berterusan, tegas dan tanpa pilih kasih demi memastikan integriti serta kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.

Pada 25 April lalu, baginda memperkenankan pelantikan Abdul Halim yang juga bekas Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu berkuat kuasa 13 Mei lalu bagi menggantikan Tan Sri Azam Baki.-UTUSAN

Scroll to Top