DUN Negeri Sembilan dibubar berkuat kuasa esok – Aminuddin

DUN Negeri Sembilan dibubar berkuat kuasa esok – Aminuddin

Seremban: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi dibubarkan esok untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada sidang media khas di kediaman rasmi beliau di sini malam ini sekali gus mengakhiri spekulasi pembubaran DUN sejak beberapa minggu lepas.

Beliau berkata pembubaran itu dibuat selepas beliau mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada majlis menghadap yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti hari ini.

[Berita lanjut menyusul]

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top