am@hmetro.com.my
Seremban: Spekulasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) bertiup kencang apabila Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun memanggil sidang media jam 11 malam ini.
“Panggilan segera semua media untuk satu pengumuman khas oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di kediaman rasmi, jam 11 malam,” kata notis yang diedarkan melalui Whatsapp oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah, malam ini.
Notis panggilan itu yang dibuat pada jam 10.30 malam ini mengejutkan ramai pihak terutama petugas media.
Terdahulu, desas desus mengenai pembubaran DUN hangat diperkatakan apabila pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dalam satu mesyuarat khas, Selasa lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




