Lelaki kalau curang memang tak layak jadi suami, imam keluarga! – Isa Khan

Lelaki kalau curang memang tak layak jadi suami, imam keluarga! – Isa Khan

Pelakon Isa Khan menegaskan bahawa lelaki yang tidak setia dalam hubungan perkahwinan tidak seharusnya diangkat sebagai seorang suami, apatah lagi menjadi pemimpin dalam keluarga.

Tak layak jadi suami

Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di platform Threads, Isa secara terbuka meluahkan pandangannya terhadap isu kecurangan dalam rumah tangga, yang menurutnya bertentangan dengan tanggungjawab seorang ketua keluarga.

“Lelaki yang curang dengan isteri tidak layak untuk dijadikan imam dalam keluarga,” ciapannya, hari ini.

Isu kecurangan dalam rumah tangga sebelum ini menjadi perhatian umum di media sosial, dan pandangan Isa itu turut mencetuskan perbualan dalam kalangan netizen yang bersetuju bahawa kepercayaan merupakan asas utama dalam perkahwinan.

Kahwin pun ramai curang

Red flags lelaki curang

Tu bukan lelaki tapi jantan

Artikel lain: Isa Khan minta wanita tutup aurat, pakai stoking ketika tarawih – “Nak buat pahala tapi jadi dosa sia-sia”

Terdahulu, Isa Khan memberi bayangan rumah tangganya bersama aktres, Risteena Munim kini sudah berakhir.

Meskipun belum mengesahkan dakwaan tersebut, Isa atau Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan telah memuat naik sebuah foto yang berlatar belakang berwarna hitam dengan tulisan 2019-2026 seolah memberitahu bahawa hubungan itu sudah menemui titik noktah.

Lebih menguatkan lagi dakwaan, mereka juga sudah saling tidak mengikuti antara satu sama lain di media sosial.

Sumber: Threads theisakhan

Scroll to Top