Oh! Tidak
Kenyataan kontroversi dalam video YouTube cetus perdebatan netizen selepas dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW.
Satu kenyataan dalam sebuah video YouTube kini menjadi perhatian ramai selepas didakwa menyentuh nama Nabi Muhammad SAW.
Isu itu mula hangat diperkatakan selepas seorang pengguna Threads memuat naik semula petikan video berkenaan dan menegur kenyataan tersebut yang dianggap tidak sesuai dijadikan bahan lawak.
Netizen anggap kenyataan YouTuber terkenal keterlaluan

Menurut hantaran yang tular di Threads, kenyataan dalam video itu didakwa berbunyi seolah-olah pada tahun 2026 nanti, tiada lagi orang yang mengingati Nabi Muhammad SAW.
Perkara itu membuatkan ramai netizen kurang senang kerana ia melibatkan junjungan besar umat Islam. Lebih mencetuskan rasa tidak puas hati, ada individu dalam video tersebut dilihat ketawa dan berdiam diri selepas kenyataan itu dibuat.
2026 saya menjangkakan tiada lagi orang ingat pada nabi.- Katanya.
Diminta buat permohonan maaf terbuka

Susulan itu, pengguna Threads berkenaan meminta individu terlibat tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Baginya, kenyataan sebegitu tidak wajar dibuat walaupun atas alasan bergurau atau melawak.
Ramai netizen turut bersetuju dan berpendapat isu membabitkan agama tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila ia dikongsikan kepada tontonan umum.
Ada netizen minta lihat konteks penuh

Namun, dalam masa sama, ada juga netizen yang berpendapat orang ramai perlu menonton video penuh terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan. Menurut mereka, kenyataan tersebut mungkin mempunyai maksud tersirat dan perlu difahami berdasarkan keseluruhan konsep video.

Walaupun begitu, isu ini tetap mengundang perdebatan hangat apabila ramai merasakan pemilihan ayat tersebut terlalu sensitif dan boleh mengguris hati umat Islam.
Pssttt! Dalam perkara melibatkan agama, memang kena lebih berhati-hati sebelum bercakap. Bergurau boleh, tapi biarlah kena tempat dan ada batasnya. Kadang-kadang satu ayat saja boleh jadi besar, jadi lebih baik kalau pihak terlibat tampil jelaskan perkara sebenar supaya isu ini tak terus panas.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




