Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki meletus

Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki meletus
Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki meletus

Aktiviti vulkanik di gunung berapi itu terus meningkat sejak beberapa bulan lalu.

JAKARTA – Sebuah gunung berapi yang sangat aktif di timur Indonesia meletus beberapa kali pada Jumaat.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) merekodkan letusan kuat Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores pada jam 11.15 pagi (waktu tempatan) yang turut membebaskan debu tebal setinggi 2.5 kilometer (km) di permukaan udara.

Ia kini berada pada tahap amaran kedua tertinggi dengan zon larangan dikuatkuasakan dalam lingkungan lima kilometer dari kawahnya.

PVMBG turut memberi amaran kepada komuniti berhampiran sungai terhadap risiko banjir lahar iaitu aliran lumpur vulkanik sekiranya hujan lebat berlaku.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa telah menggantung operasi di lapangan terbang di bandar Maumere terletak kira-kira 60km di barat Lewotobi Laki-Laki hingga menjejaskan lima penerbangan domestik.

Pada Julai 2025, ia pernah memuntahkan kepulan abu setinggi 18km ke udara, sekali gus memaksa pembatalan 24 penerbangan di lapangan terbang Pulau Bali. – AFP

Mesti Baca

Scroll to Top