Tiada laporan penemuan objek angkasa di Sabah

Tiada laporan penemuan objek angkasa di Sabah

PETALING JAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) mengesahkan tiada laporan rasmi diterima mengenai penemuan sebarang serpihan objek disyaki objek angkasa seperti roket sama ada di darat atau perairan Sabah.

Menurut kementerian itu, pemantauan giat dilakukan secara aktif melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan susulan laporan penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah, pada malam Khamis lalu.

“Pihak Mosti mengesahkan menerima maklumat awal mengenai laporan penampakan cahaya terang di ruang Udara Sabah pada malam 4 Jun lalu.

“Pihak kementerian menyeru orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan mendapatkan maklumat sahih daripada saluran rasmi.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.-UTUSAN

Scroll to Top