Tapah: Polis telah selesai merekodkan keterangan beberapa penduduk Orang Asli yang menemukan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, di kawasan hutan berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Abdul Malik Hasim berkata individu yang dirakam keterangan termasuk Nazri Bah Eng, 51, bersama dua rakannya yang membantu menyelamatkan Jaslinda selepas 14 hari dilaporkan hilang di kawasan Gunung Batu Putih.
Beliau berkata keterangan itu penting bagi membantu siasatan dan mendapatkan gambaran lengkap mengenai keadaan serta lokasi wanita itu ketika ditemukan.
“Pada masa sama, polis sedang menunggu keadaan Jaslinda stabil bagi membolehkan keterangannya direkodkan untuk melengkapkan siasatan kes,” katanya ketika dihubungi.
Abdul Malik berkata Jaslinda masih dirawat di Hospital Tapah dan pihaknya dimaklumkan wanita itu mengalami kecederaan pada bahagian buku lali kiri.
– LAGI
POLIS-JASLINDA 2 (AKHIR) TAPAH
Jaslinda dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti pendakian di kawasan Gunung Batu Putih pada 24 Mei lepas sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) berskala besar digerakkan melibatkan pelbagai agensi keselamatan serta sukarelawan.
Mangsa ditemukan selamat oleh sekumpulan penduduk Orang Asli di kawasan hutan berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, kira-kira 5 petang semalam sebelum dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan.
Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian bersama 13 pendaki lain dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) menerusi laluan Trans Spencer Chapman yang bermula pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.
Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki namun eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak sebelum kali terakhir dilihat pada 24 Mei.
- Kronologi kehilangan Jaslinda
- Kes Jaslinda jadi pengajaran, keselamatan jadi keutamaan pendaki
- ‘Terima kasih kepada semua, saya tahu isteri kuat’ – Suami Jaslinda
- Jaslinda cedera jatuh pada ketinggian 5 meter – Bomba
- Orang Asli cerita detik pertemuan dengan Jaslinda
- 2 minggu tak makan, Jaslinda minum air hitam coklat, air periuk kera
- ‘Ok tak oklah, nikmati hidup’ – Jaslinda
- Semangat kental, air sungai dipercayai bantu Jaslinda bertahan 14 hari – Malim
- ‘Terima kasih, minta maaf rakyat Malaysia’ – Jaslinda
- Jaslinda dibawa ke Hospital Tapah
- Jaslinda dedah jumpa gua seperti disuruh masuk
- Jaslinda ditemui dalam keadaan sedar, operasi SAR ditamatkan – Polis
- ‘Terima kasih lindungi Jaslinda’ – PM
- ‘Saya jatuh berkali-kali,’ kongsi Jaslinda dalam video tular
- MB zahir penghargaan kepada pasukan penyelamat, penduduk
- ‘Syukur tengok gambar tular, saya yakin itu Jaslinda’ – Kakak
- Bomba sahkan Jaslinda ditemui 3 petang tadi
- TERKINI: Jaslinda ditemui selamat
© New Straits Times Press (M) Bhd




