Anwar Ibrahim Tak Mahu Lagi Rakyat Beratur Panjang Demi Bantuan Kerajaan

Anwar Ibrahim Tak Mahu Lagi Rakyat Beratur Panjang Demi Bantuan Kerajaan

Oh! Negara

PM Anwar Ibrahim mahu sistem bantuan kerajaan dipermudah dengan penyaluran terus ke akaun rakyat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sudah tiba masanya sistem bantuan kerajaan berubah mengikut perkembangan semasa supaya rakyat tidak lagi perlu bersusah payah beratur panjang untuk mendapatkan bantuan.

Menurut beliau, rakyat perlu diberikan layanan yang lebih baik dan bermaruah kerana bantuan yang disalurkan merupakan hak mereka sebagai warganegara.

Bantuan kerajaan perlu lebih mudah dan cepat tegas Anwar Ibrahim

Ohmedia anwar Ibrahim

Anwar berkata kerajaan kini sedang memperkemaskan kaedah penyaluran bantuan dengan menggunakan sistem kredit terus ke akaun penerima.

Katanya, pendekatan itu bukan sahaja lebih efisien malah dapat mengelakkan kesesakan dan kesulitan kepada rakyat.

Ohmedia anwar ibrahim manchester united

Saya tidak setuju kalau sekarang, tahun 2026, rakyat masih lagi perlu beratur (untuk terima bantuan). Ini bukan soal politik pilihan raya. Jangan anggap rakyat itu hamba.

Kita sekarang merdeka, berdaulat, rakyat ada harga, ada hak, ada kebebasan, ada semangat kemerdekaan.- Katanya.

Beliau menjelaskan bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan awal persekolahan kini boleh disalurkan terus ke akaun penerima tanpa perlu hadir secara fizikal.

Pssttt! Bila bercakap soal bantuan kerajaan, perkara paling penting sebenarnya ialah bagaimana bantuan itu sampai kepada rakyat dengan cepat dan mudah. Dalam dunia serba digital sekarang, memang sudah tiba masanya sistem lama yang menyusahkan rakyat diperbaiki demi menjaga maruah dan kebajikan semua.

Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top