Pelajar Tingkatan Dua maut disambar petir ketika memancing

Pelajar Tingkatan Dua maut disambar petir ketika memancing

nfazlina@nstp.com.my

Pasir Mas: Pelajar lelaki Tingkatan Dua maut dipercayai disambar petir ketika memancing di tali air di Kampung Tasek Berangan, Repek, petang tadi.

Mangsa berusia 14 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas (HPM).

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama tiga yang lain iaitu rakan serta sepupunya memancing di lokasi berkenaan kira-kira dua kilometer (km) dari rumahnya.

Bagaimanapun hujan lebat menyebabkan mangsa dan yang lain bersiap untuk pulang sebelum dipanah petir dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan ketika dihubungi memaklumkan setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan kejadian itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top