Fei-Din juara Terbuka Indonesia

Fei-Din juara Terbuka Indonesia
Fei-Din juara Terbuka Indonesia

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bergeluar juara Terbuka Indonesia 2026 menewaskan pasangan tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin dalam aksi final penuh sengit di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

BEREGU lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menutup kempen cemerlang mereka di Terbuka Indonesia 2026 dengan gelaran juara selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin dalam aksi final penuh sengit di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Pasangan ranking kelapan dunia itu mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit selepas tewas set pertama untuk mencatat kemenangan 13-21, 21-18, 21-10 dalam tempoh 49 minit.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin

Kejayaan di kejohanan bertaraf Super 1000 itu hadir selepas Sze Fei-Izzuddin terlebih dahulu mencipta kejutan di separuh akhir apabila menyingkirkan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Sebagai rekod, ini adalah final ketiga Sze Fei-Izzuddin dalam Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) musim ini, selepas turut bergelar juara Terbuka Malaysia pada Januari lalu.

Mesti Baca

Scroll to Top