Aliff Syukri terima pujian, bawa 60 orang staf tunai umrah – “Seronok bos macam ni”

Aliff Syukri terima pujian, bawa 60 orang staf tunai umrah – “Seronok bos macam ni”

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid memaklumkan bahawa dia, keluarga serta 60 orang kakitangan dan rakan niaga bakal berangkat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci dalam tempoh terdekat.

Bawa staf tunai umrah

Menerusi perkongsian di Threads, Shahida berkata persiapan perjalanan mereka kini sedang giat dilakukan termasuk menghadiri kursus umrah yang diadakan di pejabat D’Herbs.

“Genap sebulan lagi Mama (Shahida), Papa (Aliff) kami sekeluarga dan 60 orang staf serta rakan niaga akan berangkat. Hari ini kami semua menghadiri kursus umrah dekat pejabat D’Herbs.
“Ramai staf yang pertama kali nak pergi. Nampak sangat terpancar keseronokan pada raut wajah mereka. Mama ni pun tak sabar tau nak pergi. Semoga dipermudahkan semuanya,” ciapannya, semalam.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai yang mendoakan agar urusan rombongan berkenaan dipermudahkan serta dikurniakan perjalanan yang selamat.

Malah ada juga yang menjadikan pasangan usahawan itu sebagai inspirasi dalam memberikan manfaat kepada orang lain.

Sangat menginspirasikan

Banyak beri manfaat

Moga terus kaya

Artikel lain:Mungkin saya silap tolong orang yang tak sepatutnya dibantu – Aliff Syukri tuju siapa?

Sebelum ini, pasangan usahawan berkenaan pernah menerima pujian apabila menaja pakej umrah untuk kakitangan mereka sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi dan komitmen pekerja syarikat.

Sumber: Threads shahidadherbs

Scroll to Top