BN Johor tolak DAP: “Jangan terlalu jumud, kedepan nanti kita tak tahu” -Dr Dzulkefly

BN Johor tolak DAP: “Jangan terlalu jumud, kedepan nanti kita tak tahu” -Dr Dzulkefly

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan semua pemimpin politik supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menutup ruang kerjasama pada masa hadapan.

Dalam politik kena izinkan apa juga kemungkinan

Memetik laporan daripada Sinar Harian, politik memerlukan keterbukaan terhadap pelbagai kemungkinan dan pemimpin tidak seharusnya bertindak menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak.

“Dalam politik ini kita perlu mengizinkan apa juga kemungkinan berlaku. Kita mesti mengizinkan apa pun. Jangan tutup ruang dan jangan bakar jambat
“(Melibatkan) kawan dan musuh, jangan terlalu sayang berpada-pada, benci pun berpada-pada,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sesi Rundingan Meja Bulat Pelaporan Media Selamat dan Bertangguingjawab Berkaitan Tingkah Laku Bunuh Diri.

Kenyataan itu dipercayai mengulas pendirian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang sebelum ini memberi jaminan bahawa Barisan Nasional (BN) Johor tidak akan bekerjasama dengan DAP sekiranya gabungan itu diberi mandat membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi BN Johor itu turut menegaskan pendirian tersebut selari dengan hasrat 26 bahagian UMNO Johor serta parti-parti komponen BN negeri yang mahu bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jangan terlalu ekstrem

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menegaskan bahawa pemimpin politik perlu bersikap fleksibel kerana masa depan sentiasa dipenuhi ketidaktentuan.

“Jadi jangan terlalu ekstrem dan tidak fleksibel, jangan terlalu jumud.
“Ke depan nanti kita tidak tahu apa ketentuan ALLAH,”katanya.

Sumber: Sinar Harian (Diana Azis)

Scroll to Top