23 premis diperiksa, empat notis dikeluarkan ke atas penjaja

23 premis diperiksa, empat notis dikeluarkan ke atas penjaja

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan empat notis terhadap penjaja di dua kompleks perniagaan di ibu negara kerana gagal mematuhi peraturan.

DBKL berkata, notis berkenaan dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil (UKK) Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 dalam Operasi Bersepadu Pusat Penjaja Swasta Siri 4/2026.

Katanya, operasi dilakukan di sebuah kompleks perniagaan dan bangunan syarikat di Jalan Raja Laut bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan syarat ditetapkan di pusat penjaja swasta.

“Sebanyak 23 premis diperiksa sepanjang operasi berkenaan baru-baru ini dan pemeriksaan mendapati ada beberapa ketidakpatuhan.

“Susulan itu, empat notis dikeluarkan membabitkan satu notis mengikut UUK 30(1)(a), dua notis UUK 15(1)(b) dan satu notis UUK 15(1)(c),” katanya dalam hantaran dikongsikan di Facebook, hari ini.

DBKL berkata, pihaknya akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan semua premis penjaja mematuhi peraturan sekali gus mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih teratur, bersih dan selamat untuk warga kota.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top