AS-Iran lancar gelombang serangan balas 2 hari berturut-turut

AS-Iran lancar gelombang serangan balas 2 hari berturut-turut
AS-Iran lancar gelombang serangan balas 2 hari berturut-turut

Kapal USS Michael Murphy (DDG 112) melancarkan peluru berpandu Tomahawk dari lokasi tidak diketahui.

TEHERAN – Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan baharu ke atas Iran pada Khamis yang sekali lagi mencetuskan tindak balas tegas Teheran.

Gelombang serangan balas selama dua hari berturut-turut itu turut menyebabkan lonjakan semula harga minyak dan ketidaktentuan terhadap proses damai yang diusahakan Pakistan.

Operasi baharu itu dilancarkan sehari selepas Presiden Donald Trump melancarkan perang retorik dan mengancam tindakan ketenteraan lebih agresif ke atas Iran.

Beberapa jam kemudian, Pusat Perintah AS (CENTCOM) mengesahkan pasukan AS memulakan ‘serangan pertahanan tambahan’ ke atas beberapa lokasi termasuk kawasan berhampiran Selat Hormuz, Bandar Abbas, Qeshm dan Minab.

Operasi itu dihentikan tidak lama selepas ia mengesahkan serangan ke atas keupayaan pengawasan, sistem komunikasi dan pertahanan udara Iran telah selesai dilaksanakan.

Sebagai respons, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memberitahu mereka telah menyerang sasaran AS di pangkalan di Kuwait dan Bahrain serta turut memusnahkan pangkalan udara Sheikh Isa. – AFP

Scroll to Top