Dhaka: Bangladesh menggesa pembabitan yang lebih besar daripada Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi memastikan kejayaan penghantaran pulang pelarian Rohingya ke tanah air mereka di negeri Rakhine, Myanmar, lapor United News of Bangladesh (UNB).
“ASEAN sepatutnya lebih terbabit dalam kejayaan proses penghantaran pulang etnik Rohingya ke Rakhine, Myanmar,” kata Setiausaha Luar, Asad Alam Siam ketika berucap pada Mesyuarat Pegawai Kanan Forum Serantau ASEAN yang diadakan di Manila, pada Selasa.
Beliau turut menekankan kepentingan pembabitan pelbagai hala yang berterusan bagi menangani cabaran bersama di peringkat serantau dan global.
Katanya, perubahan iklim, keselamatan siber dan kelestarian rantaian bekalan antara isu yang menjadi ancaman kepada rantau ini.
Terdahulu, Thailand mengadakan mesyuarat dua hala dengan Timbalan Setiausaha Filipina serta Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi membincangkan kerjasama dua hala dan bidaan Bangladesh untuk mendapatkan status Rakan Dialog Sektoral ASEAN.
© New Straits Times Press (M) Bhd




