Rachel kecewa terlepas gangsa hanya 0.133 mata

Rachel kecewa terlepas gangsa hanya 0.133 mata

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Atlet gimnastik artistik negara, Rachel Yeoh, terlepas peluang menghadiahkan pingat gangsa kepada Malaysia selepas menamatkan saingan di tempat keempat dalam acara palang bertingkat wanita pada Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, hari ini.

Juara tiga kali Sukan SEA itu mengumpul 13.533 mata, hanya 0.133 mata di belakang gimnas Wales, Emily Roper yang meraih gangsa dengan 13.666 mata.

Pingat emas menjadi milik Kate McDonald dari Australia selepas mencatat 14.333 mata, manakala gimnas Kanada, Elisabeth Black membawa pulang perak menerusi 13.900 mata.

Walaupun kecewa gagal menaiki podium, pencapaian Rachel tetap menunjukkan peningkatan memberangsangkan berbanding edisi Birmingham 2022 apabila dia hanya menamatkan saingan di kedudukan ke-16 dalam acara sama.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Shahrul Aimy Kamaru Hisam, menamatkan saingan di kedudukan terakhir dalam final acara lantai lelaki selepas mengumpul 12.566 mata.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top