LATEST

Trump umum urus niaga RM69 bilion untuk syarikat AS di Asia Tenggara

Trump umum urus niaga RM69 bilion untuk syarikat AS di Asia Tenggara

MANILA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan urus niaga komersial dan pelaburan strategik bernilai lebih AS$17 bilion (RM69.91 bilion) untuk syarikat AS di Asia Tenggara selepas mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Filipina bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN, menurut kenyataan Rumah Putih.

Lapor Reuters, urus niaga itu termasuk pemuktamadan perjanjian antara Boeing dan GE Aerospace bagi penjualan 20 pesawat Boeing 787 kepada Philippine Airlines bernilai AS$12 billion (RM49.34 bilion), menurut kenyataan Rumah Putih pada lewat 18 November.

Baca juga: Lapan regu jadi pasukan terawal buka gelanggang Zon Timur

Washington dan Manila turut akan meneruskan usaha mendapatkan pembiayaan AS melebihi AS$2 bilion (RM8.2 bilion) bagi pembelian aset pertahanan Filipina. AS juga akan menyediakan AS$400 juta (RM1.6 bilion) bagi menyokong operasi ketenteraan di Laut China Selatan.

Sementara itu, Subic Grain akan membina depot bahan api bernilai AS$40 juta (RM164.49 billion) di Teluk Subic, manakala Filipina akan menaik taraf Lapangan Terbang Basco bagi meningkatkan akses ketenteraan, tindak balas bencana dan rantaian bekalan.

Thailand pula merancang membelanjakan sehingga AS$123 juta (RM505.8 juta) untuk membeli sistem roket artileri mobiliti tinggi (HIMARS) buatan AS, yang berpotensi menjadi perjanjian pertama seumpamanya di tanah besar Asia Tenggara, menurut kenyataan itu.

Di Indonesia, Latitude Energy dan dana kekayaan negara Danantara sedang merundingkan projek arang batu bernilai AS$2 bilion (RM8.22 bilion) yang menggunakan teknologi AS.

Syarikat Navajo Transitional Energy pula menandatangani perjanjian selama tiga tahun bernilai AS$100 juta (RM411.23 juta) untuk membekalkan arang batu kepada sebuah anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), menurut Rumah Putih.

AS turut menjanjikan sokongan terhadap program pembangunan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia dan Brunei.

Di Brunei, Unified National Networks merancang memberikan tender pusat data kepada syarikat AS, Vertiv, dengan hampir AS$1 bilion (RM4.11 bilion) perbelanjaan diperuntukkan bagi mendapatkan bekalan daripada vendor AS.

Sementara itu, sebuah konsortium AS akan membantu kerajaan Malaysia membangunkan kemudahan awan AI berdaulat negara, dengan Washington menawarkan AS$50 juta (RM205.6 juta) bagi menyokong inisiatif berkenaan, menurut kenyataan berasingan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

The post Trump umum urus niaga RM69 bilion untuk syarikat AS di Asia Tenggara appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news