LATEST

Soon Huat-Shevon cipta kejutan mara separuh akhir

Soon Huat-Shevon cipta kejutan mara separuh akhir

sukan@hmetro.com.my

Baca juga: Bagasi tanpa pelekat keselamatan bongkar penemuan dadah

Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan keempat kejohanan dari China untuk melangkah ke separuh akhir Terbuka Hong Kong, hari ini.

Pasangan negara itu mempamerkan aksi bertenaga apabila menewaskan Guo Xin Wa-Chen Fang Hui 21-15, 21-15 dalam aksi suku akhir yang berlangsung selama 33 minit.

Kejayaan itu menjadi suntikan semangat buat pasangan berkenaan untuk meneruskan kemaraan dalam kejohanan selepas sebelum ini mengakui mahu memberi tumpuan kepada usaha mengembalikan keyakinan dan momentum permainan.

Pada aksi separuh akhir, Soon Huat-Shevon bakal berdepan pemenang pertemuan antara pilihan utama dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dan pasangan Taiwan, Wu Hsuan Yi-Yang Chu Yun.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news