LATEST

SPRM, NCS China tingkat kerjasama perangi rasuah

SPRM, NCS China tingkat kerjasama perangi rasuah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan National Commission of Supervision (NCS) China meningkatkan kerjasama dua hala dalam aspek pencegahan rasuah, penyiasatan dan penguatkuasaan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, hubungan kerjasama antara SPRM dan NCS terus berkembang sejak pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada 17 Oktober 2023.Beliau berkata, MoU berkenaan menjadi landasan penting dalam memperkukuh usaha bersama kedua-dua negara untuk memerangi rasuah.”MoU itu mempunyai tempoh kuat kuasa selama lima tahun dan diperbaharui secara automatik.”Pertemuan ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama antara kedua-dua institusi, khususnya menerusi perkongsian kepakaran dan pengalaman bagi memperkukuh keberkesanan usaha pencegahan serta pembanterasan rasuah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Dalam pada itu, kerjasama berkenaan menjadi fokus utama kunjungan hormat delegasi NCS China diketuai Timbalan Setiausaha Central Commission for Discipline Inspection (CCDI) merangkap Naib Pengerusi NCS, SUN Xinyang ke Ibu Pejabat SPRM di sini pada Khamis.Kunjungan itu secara langsung memperkukuh hubungan antara kedua-dua institusi menerusi pertukaran pandangan, perkongsian pengalaman serta penerokaan peluang kerjasama dalam usaha membanteras rasuah.Turut hadir, Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin; Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin dan Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Y Karunanithy.Hadir sama, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Hairuzam Mohd Amin @ Hamim serta wakil Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, Lim Bee Kean.  

Latest news