am@hmetro.com.my
Baca juga: Pengecualian visa 30 hari warga India tamat 31 Disember
Tawau: Dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah menggunakan aset ketenteraan yang didedahkan baru-baru ini.
Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berpangkat Koperal dan pegawai Waran 2 masing-masing berumur 28 dan 48 tahun itu dikeluarkan Majistret Don Stiwin Malanjum selepas permohonan dibuat pihak polis di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.
Kedua-dua suspek ditahan dalam operasi polis awal pagi tadi sebelum dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.
- Seludup dadah guna aset tentera: TUDM tidak kompromi, lapor sendiri pegawai kepada PDRM
- Sindiket dadah guna aset TUDM: 5 pegawai antara 11 ditahan
- PM dedah pegawai, juruterbang TUDM terbabit penyeludupan dadah
© New Straits Times Press (M) Bhd