am@hmetro.com.my
Baca juga: Selangor di landasan melepasi RM100 bilion pelaburan diluluskan menjelang akhir 2026
Kuala Nerus: Walaupun berdepan penyakit gout kronik hingga terpaksa berkerusi roda namun tidak menghalang penasihat kelab KS Taman Free School dari Georgetown, Pulau Pinang hadir memberi sokongan kepada pasukannya yang menyertai Liga Takraw Nasional Mekdi (LTNM).
Norman Ismail, 47, berkata, kesakitan dialami bukan halangan malah menambah semangatnya untuk hadir memberi sokongan kepada pasukannya yang menyertai kejohanan ini.
Katanya yang menghidap penyakit gout lebih lima tahun lalu berkata, dia bersama pemain dan rakan-rakan datang ke sini dengan menaiki 10 kereta.
“Saya ingin melihat anak-anak muda di taman perumahan kami memanfaatkan peluang selain memberi pendedahan kepada mereka dengan menyertai pertandingan sepak takraw walaupun dianjurkan di luar Pulau Pinang.
“Mereka (pemain) merupakan penduduk flat dan diberi pendedahan iaitu latihan pada Sabtu dan Ahad pada jam 5.30 hingga 7 petang setiap minggu,” katanya.
Norman berkata, untuk menyertai kejohanan ini mereka turut menerima sumbangan daripada penduduk setempat yang iklas menyumbang mengikut kemampuan.
© New Straits Times Press (M) Bhd