BJAK perkukuh kepercayaan pengguna sebagai penasihat kewangan diluluskan BNM

BJAK perkukuh kepercayaan pengguna sebagai penasihat kewangan diluluskan BNM

KUALA LUMPUR – Seiring dengan peningkatan rakyat Malaysia yang beralih kepada platform digital untuk pembaharuan insurans dan cukai jalan, pemilihan platform yang dipercayai dan dikawal selia menjadi semakin penting.

Menurut kenyataan BJAK pada 18 Mei lalu, platform insurans terbesar di Malaysia itu terus membantu rakyat Malaysia dengan menyediakan cara yang lebih mudah dan telus untuk membanding serta memperbaharui insurans dan takaful kenderaan secara dalam talian.

Kenyataan itu memaklumkan, BJAK merupakan Penasihat Kewangan Diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), sekali gus mengukuhkan komitmennya dalam menyediakan platform yang dipercayai untuk perbandingan dan pembaharuan insurans.

“Melalui BJAK, pengguna boleh membandingkan pelan daripada sehingga 16 syarikat insurans dan pengendali takaful dalam satu platform, membantu pengguna membuat keputusan yang lebih bijak berdasarkan harga, perlindungan dan manfaat — semuanya melalui pengalaman digital yang mudah dan lancar,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan sama, dalam era peningkatan penipuan dalam talian dan maklumat mengelirukan, rakyat Malaysia disarankan untuk menyemak kesahihan penyedia perkhidmatan kewangan sebelum membuat pembayaran atau berkongsi maklumat peribadi secara dalam talian.

“Memilih platform yang dikawal selia dan dipercayai dapat membantu pengguna membuat keputusan kewangan yang lebih selamat dan yakin,” katanya.

Selain perbandingan insurans, BJAK turut menawarkan pembaharuan cukai jalan secara dalam talian, sekali gus memudahkan proses untuk rakyat Malaysia menguruskan komitmen berkaitan kenderaan mereka secara digital.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa dengan membolehkan pengguna membandingkan pelbagai syarikat insurans dan pengendali takaful di satu tempat, BJAK komited membantu rakyat Malaysia mengelakkan pembaharuan secara terburu-buru tanpa perbandingan serta menggalakkan keputusan kewangan yang lebih bijak melalui ketelusan dan pilihan.

“BJAK komited membantu rakyat Malaysia mengelakkan pembaharuan secara terburu-buru tanpa perbandingan serta menggalakkan keputusan kewangan yang lebih bijak melalui ketelusan dan pilihan,” menurut kenyataan itu.

Pengguna turut disarankan untuk membanding sebelum memperbaharui dan tidak terus menerima tawaran pertama yang diterima.

Selain itu, pengguna digalakkan memilih platform yang dipercayai dan dikawal selia untuk urusan kewangan, memahami perlindungan dan manfaat polisi sebelum membuat pembelian serta membandingkan pelbagai syarikat insurans dan takaful bagi mendapatkan nilai dan perlindungan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang BJAK di www.bjak.com.

Scroll to Top