Astro bawakan lebih banyak keistimewaan untuk pelanggan dengan Netflix

Astro bawakan lebih banyak keistimewaan untuk pelanggan dengan Netflix
Astro bawakan lebih banyak keistimewaan untuk pelanggan dengan Netflix

KUALA LUMPUR – Peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, Astro, kini menawarkan nilai berganda menerusi pakej Astro One untuk pelanggan baharu dan sedia ada menikmati kandungan kegemaran mereka merangkumi hiburan, siaran langsung sukan dan penstriman – semuanya dalam satu pengalaman yang lebih mudah dan lancar.

Direka untuk semua pelanggan, pakej ini merangkumi akses kepada perkhidmatan hiburan global terkemuka, Netflix serta akses kepada Astro GO untuk penstriman bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua peranti secara serentak. Pelanggan juga akan menerima akses percuma kepada Pek Blockbuster serba baru.

Bermula 1 Mei 2026, pelanggan yang melanggan Pek Entertainment atau Pek Sports Astro One boleh menikmati harga promosi istimewa bernilai RM74.90/bln dan RM94.90/bln masing-masing.

Tawaran ini memberikan akses kepada Netflix serta akses percuma kepada Pek Blockbuster selama 24 bulan tanpa caj tambahan. Pek Blockbuster membawakan empat saluran filem dan hiburan baharu iaitu Astro Showtime, Astro FAM Time, Rock Actiondan Rock X Stream.

Pek Blockbuster ini menampilkan filem terbaik Hollywood, aksi penuh debaran, animasi, komedi keluarga serta siri premium yang sesuai untuk pelbagai citarasa penonton.’

Semua yang anda gemari, dalam satu pakej

No Image Caption

Sama ada anda peminat filem blockbuster, aksi mendebarkan, siri premium atau hiburan keluarga, empat saluran baharu ini memastikan setiap ahli keluarga mempunyai sesuatu untuk ditonton dan dinikmati pada bila-bila masa.

Dengan kandungan yang lebih segar dan pelbagai, Astro terus komited memberikan pengalaman hiburan terbaik kepada rakyat Malaysia.

Dengan lebih banyak ciri disertakan dalam kedua-dua pek, pelanggan boleh menikmati pelbagai kandungan hiburan, drama dan siaran langsung sukan di Astro.

Peminat rancangan realiti dan hiburan boleh menonton judul terbaharu serta akan datang seperti Talk To My Manager (Musim 2) dan Singer 2026 – Malaysia. Peminat drama pula boleh menikmati siri seperti Isteri Rahsia Ungku Jabbar serta drama Tamil baharu Thural yang telah ditayangkan pada 13 Mei.

Barisan kandungan turut diperkukuh dengan Dendam Seorang Mentua serta siri drama Cina baharu Lie To Love (tayangan bermula 28 Jun).

No Image Caption

Peminat sukan yang suka Netflix Formula 1: Drive to Survive juga boleh menyaksikan pelbagai acara langsung utama termasuk Formula 1, Wimbledon Championships, Premier League, AFC Champions League, UEFA Champions League, La Liga, Bundesliga, BWF, dan 2026 Asian Games. Kesemua rancangan ini boleh ditonton di rumah atau ketika dalam perjalanan melalui Astro GO.

Bagi melengkapkan lagi pengalaman tontonan, Netflix menawarkan pelbagai pilihan kandungan bertaraf dunia yang mendapat pengiktirafan global, termasuk filem dan siri yang menjadi bualan ramai.

Pelanggan boleh menantikan tayangan seperti Avatar: The Last Airbender Musim 2 yang akan ditayangkan pada 25 Jun, bersama The WONDERfools, drama komedi Korea lakonan Park Eun-bin dan Cha Eun-woo, serta Swapped, filem animasi pengembaraan fantasi komedi yang menampilkan Michael B. Jordan.

No Image Caption

Tawaran ini tersedia untuk pelanggan baharu dan sedia ada yang melanggan Pek Entertainment atau Pek Sports Astro One sepanjang tempoh promosi.

Pelanggan baharu akan memulakan kontrak baharu selama 24 bulan selepas pengaktifan, manakala pelanggan sedia ada yang layak dan menaik taraf atau menukar pakej semasa mereka juga boleh menikmati tawaran ini, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Pelanggan boleh melanggan tawaran ini melalui Astro Authorised Experience Partners, kiosk premium, booth mudah alih, semua saluran jualan Astro, atau menghubungi Astro melalui panggilan telefon atau WhatsApp di +603 9543 3838. Untuk maklumat lanjut, layari promotions.astro.com.my.

 

 

Scroll to Top