CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Rasuah RM1.45 Juta

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Rasuah RM1.45 Juta

Oh! Negara

CEO PSM didakwa rasuah RM1.45 juta berkait tender naik taraf Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil bernilai RM8.7 juta.


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Iliyas Jamil, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh pertuduhan rasuah berjumlah RM1.45 juta.

Kes itu dikaitkan dengan tender menaik taraf Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil yang bernilai RM8.7 juta. Bagaimanapun, Iliyas mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

CEO PSM didakwa minta RM1 juta

Kredit Foto Berita Harian

Mengikut pertuduhan pertama, Iliyas, 42, didakwa meminta rasuah berjumlah RM1 juta daripada Yap Yeow Kuen di Pejabat Perbadanan Stadium Malaysia, Aras 2, Stadium Nasional Kuala Lumpur Sports Center, Sri Petaling pada 24 Februari lalu.

Wang itu didakwa sebagai balasan kerana tertuduh bersetuju memilih Aerolux Power Constructions Sdn Bhd untuk memenangi tender Projek Menaik Taraf Gelanggang dan Kemudahan Sukan di Pusat Skuasy Nasional, Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil.

Projek berkenaan dilaporkan bernilai RM8,733,197. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Tertuduh dikatakan sudah terima RM450,000 sebagai upah

Pusat Skuasy Nasional Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil

Bagi pertuduhan kedua hingga ketujuh pula, Iliyas didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM450,000 daripada individu sama.

Suapan itu didakwa sebagai upah untuk memilih syarikat Aerolux Power Constructions memenangi tender projek berkenaan.

Kesalahan itu didakwa berlaku di pejabat PSM dan sebuah restoran di Sri Petaling antara 25 Februari hingga 13 April lalu.

Pihak kami juga mohon syarat tambahan iaitu dokumen perjalanan tertuduh diserahkan kepada mahkamah, melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.- Katanya.

Mahkamah benar jaminan

Ohmedia mahkamah tinggi rumah mont kiara

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat manakala Iliyas diwakili peguam Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Pihak pendakwaan sebelum itu menawarkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia mengambil kira status tertuduh dan keseriusan kesalahan.

Namun, pihak pembelaan memohon jaminan antara RM50,000 hingga RM80,000 dengan alasan anak guamnya masih muda, mempunyai seorang anak yang masih bersekolah dan kini telah digantung tugas.

Hakim Suzana kemudian membenarkan Iliyas diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia. Mahkamah turut membenarkan syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan dan menetapkan 27 Julai ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Pssttt! Kes macam ni memang buat ramai orang angkat kening, lebih-lebih lagi bila melibatkan projek bernilai jutaan ringgit. Apa pun, proses mahkamah masih berjalan dan tertuduh juga sudah mengaku tidak bersalah, jadi sama-sama kita tunggu keputusan penuh nanti.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top