LATEST

Public Bank menawarkan lebih banyak pilihan pembayaran di luar negara

Public Bank menawarkan lebih banyak pilihan pembayaran di luar negara

KUALA LUMPUR: Public Bank meluaskan lagi tawaran pembayarannya bagi meningkatkan perkhidmatan  untuk pelanggan yang melancong, bekerja dan melanjutkan pengajian di luar negeri. 

Menerusi MyPB App, pelanggan boleh membuat pembayaran rentas sempadan menggunakan kod QR secara terus daripada akaun Ringgit Malaysia mereka melalui Alipay+, yang meliputi 55 negara dan wilayah di Asia, Eropah, benua Amerika dan Oceania.

Baca juga: Shaqeem buru gelaran Remaja All-Stars pada penampilan terakhir

Public Bank merupakan peserta dalam rangkaian Alipay+, iaitu gerbang dompet digital bersepadu oleh Ant International. Melalui AliPay+, pelanggan dengan MyPB App boleh membuat pembayaran di premis perniagaan yang memaparkan logo Alipay atau Alipay+. Ini termasuk jutaan lokasi penerimaan pembayaran di kedai runcit, restoran, pengangkutan awam dan tempat tarikan pelancong di China.

Selain itu, bagi memberikan lebih fleksibiliti dan pilihan kepada pelancong, Public Bank turut menawarkan perkhidmatan DuitNow QR Rentas Sempadan melalui MyPB App, membolehkan pembayaran dibuat di premis perniagaan yang menerima pakai piawaian QR kebangsaan di negara-negara yang disokong.

Jumlah pembayaran akan ditolak daripada akaun Public Bank pelanggan yang dipautkan dalam Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran asing yang kompetitif, tanpa perlu memuat turun aplikasi pembayaran berasingan atau menukar mata wang terlebih dahulu.

Selain Alipay+ dan DuitNow QR Rentas Sempadan, Public Bank turut menawarkan kad PB UnionPay, Visa dan Mastercard sebagai kaedah pembayaran alternatif di luar negeri. Kad PB UnionPay, Visa dan Mastercard yang juga boleh ditambahkan pada Samsung Pay, Garmin Pay dan Google Wallet, memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk membuat pembayaran di premis perniagaan yang menerima rangkaian pembayaran berkenaan.

Pelbagai pilihan pembayaran ini membolehkan pelanggan memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai mengikut destinasi dan keutamaan mereka masing-masing, dengan sokongan saluran pembayaran yang mantap dan selamat. Melalui pilihan-pilihan ini, pelanggan boleh menikmati fleksibiliti semasa membuat pembayaran di luar negeri serta kemudahan membuat pembayaran menggunakan aplikasi mudah alih tunggal atau kad PB UnionPay, Visa dan Mastercard mereka. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek berkata: “Pelanggan Public Bank melancong, menjalankan urusan perniagaan dan melanjutkan pengajian di pelbagai tempat di seluruh dunia. Membuat pembayaran di luar negara seharusnya semudah membuat pembayaran di Malaysia.

“Justeru, sama ada melalui MyPB App atau Kad PB, Public Bank menawarkan lebih banyak pilihan kaedah pembayaran rentas sempadan. Bank akan terus meneroka pilihan pembayaran baharu bersama rakan kerjasama kami, dengan matlamat menyediakan saluran pembayaran yang selamat, terjamin dan terbukti berkesan kepada pelanggan kami.”

The post Public Bank menawarkan lebih banyak pilihan pembayaran di luar negara appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news