Bapa disyaki lakukan perbuatan seksual terhadap gadis

Bapa disyaki lakukan perbuatan seksual terhadap gadis

SETIU: Seorang bapa ditahan selepas dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun di daerah ini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd. Zain berkata, lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 6 petang selepas menerima laporan berhubung kejadian tersebut. 

Difahamkan, mangsa dilakukan demikian oleh bapanya sejak berusia enam tahun. 

“Dalam kejadian pada 29 Mei lalu, suspek berusia 50-an dikatakan memanggil anak perempuan perempuannya masuk ke bilik tidur. Suspek dipercayai melakukan perbuatan seksual kepada mangsa dan memintanya tidak memberitahu perbuatannya itu kepada orang lain,” katanya di sini.

Beliau berkata, suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 27 Jun ini untuk siasatan di bawah Sekyen 376(3) Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Scroll to Top