Syed Saddiq bersyukur dapat kerja sambilan -“Alhamdulillah, shooting baru lagi”

Syed Saddiq bersyukur dapat kerja sambilan -“Alhamdulillah, shooting baru lagi”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa syukur apabila mendapat tawaran untuk satu pengambaran.

Shooting lagi

Perkara itu dinyatakan menerusi hantaran di media sosial beliau apabila memuat naik kenyataan ringkas  menyatakan bayaran untuk kerja sambilan yang diperoleh akan disalurkan kepada masyarakat di Muar.

“Alhamdulillah. Dapat kerja sambilan/shooting baru lagi,” tulisnya.

Bukan berlakon, cuma penuhi kehendak rakyat

Menurut Syed Saddiq, sumbangan itu akan digunakan untuk membeli seribu bakul makanan dan 30 buah komputer riba untuk kegunaan masyarakat yang ada di bawah parlimennya.

Jelasnya lagi, pagi sehingga petang beliau berada di dewan rakyat manakala malam pula masa untuknya meneruskan kerja-kerja sambilan.

“Saya sumbangkan terus RM115,000 ke Muar. Beli 1000 bakul Makanan & 30 Laptop,” ujarnya lagi.

Harap dapat tawaran shooting dekat Hollywood

Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen di media sosial apabila rata-rata memuji tindakan Syed Saddiq apabila menggunakan popularitinya untuk memberi bantuan kepada rakyat di Muar.

 

Jalan terus YB

 

Terbaik YB Muar

Sumber: Instagram syedsaddiq

Scroll to Top