SHAH ALAM – Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak memaksa anak-anak yang tidak berminat memasuki sekolah berasrama penuh termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MSRM).
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara tersebut dibimbangi menjejaskan emosi anak-anak sehingga mungkin membawa kepada perbuatan negatif.
“Jangan paksa jika anak tidak minat masuk sekolah asrama termasuk MRSM.
“Boleh jejas emosi anak, cetus sikap memberontak hingga terbawa-bawa kepada perlakuan tidak wajar,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan konteks kepada kenyataan tersebut, namun ia menuai pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya khususnya ibu bapa.



