Seramai 14 pelajar cemerlang menerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2026 yang dikurniakan oleh KDYMM SPB Sultan Ibrahim dalam satu majlis di Istana Negara hari ini.
Baginda turut kurnia biasiswa kepada 7 penerima pengajian PhD
Menerusi kenyataan media sosial, Sultan Ibrahim Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad serta Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jamalulail Abu Bakar.
Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan biasiswa kepada tujuh penerima bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD) dan tujuh lagi penerima di peringkat Sarjana (Penyelidikan).
Dari pelbagai kos pengajian
Antara penerima peringkat PhD ialah Afiefah Zulkifli, Aiman Zakuan Azman, Chua Hui Qi, Giroon Ijod, Haimon Franklin, Lee Yu Shi dan Waywen Loh Chang Yuan yang sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang strategik termasuk pemakanan, farmasi, biologi, matematik dan imunologi.
Bagi peringkat Sarjana (Penyelidikan), penerima terdiri daripada Fatini Amirul Haziq Azwan, Chan Ler Yi, Chris Ee Jia Wen, Mohamad Izuwansah Ishak, Muhammad Zulhusni Che Razali serta Puteri Najihah Athirah Zamrifana.

BYDPA merupakan biasiswa paling berprestij di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam yang diperkenalkan sejak tahun 2006 bagi menaja rakyat Malaysia yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah aktif dalam kokurikulum, aktiviti kemasyarakatan serta penghasilan idea kreatif dan inovatif.
Sejak diperkenalkan, seramai 239 rakyat Malaysia telah menerima tajaan BYDPA melibatkan 124 penerima di peringkat PhD dan 115 penerima di peringkat Sarjana (Penyelidikan).
Penganugerahan biasiswa itu mencerminkan komitmen berterusan negara dalam membangunkan modal insan berkualiti tinggi serta melahirkan lebih ramai pakar bertaraf global dalam bidang strategik yang mampu menyumbang kepada pembangunan Malaysia pada masa hadapan.
Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar




