PRN Johor: Adham Baba buat kemuncuan semula, bertanding Pasir Raja

PRN Johor: Adham Baba buat kemuncuan semula, bertanding Pasir Raja

JOHOR BAHRU: Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba membuat kejutan apabila namanya dicalonkan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Nama Adham diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Pengumuman Calon BN di Dewan Utama, Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di sini hari ini.

Adham yang juga Ketua UMNO Bahagian Tenggara pernah menjadi ADUN Pasir Raja selama dua penggal (2008-2018) dan Ahli Parlimen Tenggara selama dua penggal (2004-2008) dan pada 2018-2022.

Bagaimanapun, nama beliau digugurkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

PRN Johor akan berlangsung 11 Julai ini, manakala 27 Jun ditetapkan sebagai hari penamaan calon dan pengundian awal pada 7 Julai.-UTUSAN

Scroll to Top