PRN Johor: Tiada calon parti luar, hanya calon parti komponen BN

PRN Johor: Tiada calon parti luar, hanya calon parti komponen BN

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Dakwaan kemungkinan wujudnya kerjasama antara PAS dan Parti Wawasan Negara (WAWASAN) dengan Barisan Nasional (BN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 hanya khabar angin.

Ia selepas Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan nama 56 calon BN yang bertanding pada pilihan raya kali ini hanya terdiri daripada parti komponen UMNO, MCA dan MIC.

Sejak beberapa hari lalu, wujud khabar angin bahawa BN akan mengadakan kerjasama politik dengan beberapa parti luar.

Ini termasuk dakwaan akan adanya empat kerusi DUN buat calon daripada WAWASAN yang dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, serta seorang calon daripada PAS yang dipimpin Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, pengumuman yang dibuat Onn Hafiz di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor hari ini sekali gus menafikan dakwaan bahawa penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim bakal dibawa masuk sebagai calon khas BN.

Sebaliknya kerusi DUN itu bakal ditandingi Tan Hiang Kee daripada MCA yang pada PRN 2022 telah bertanding di kerusi DUN Perling, namun tewas kepada Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top