TIDAK semua SUV mampu mencuri perhatian di jalan raya hanya dengan sekali pandang.
Namun, ada model yang bukan sekadar menarik perhatian, tetapi turut mencetuskan rasa ingin tahu tentang apa yang sebenarnya ditawarkan di sebalik reka bentuknya.
Di tengah persaingan segmen SUV yang semakin sengit, TANK muncul sebagai jenama SUV premium di bawah GWM yang membawa pendekatan berbeza.
Lebih daripada sekadar imej, TANK dibangunkan berasaskan kejuruteraan global yang menekankan gabungan kemewahan, teknologi moden dan keupayaan pemanduan lasak dalam satu pakej lengkap.
Sebagai jenama SUV premium, TANK tidak hanya dibina untuk kelihatan gagah, tetapi untuk membuktikan keupayaan melalui prestasi sebenar.
Kemampuannya tidak hanya bergantung pada penampilan, sebaliknya dibentuk oleh kejuruteraan yang diuji dalam pelbagai keadaan pemanduan.
Reka bentuknya yang tegap dan berkarakter memberi gambaran awal bahawa ia bukan sekadar kenderaan harian di bandar.
Sebaliknya, TANK direka untuk menghubungkan dua dunia, perjalanan harian yang selesa serta pengembaraan yang lebih mencabar.
Di sebalik reka bentuk tersebut, TANK dilengkapi sistem pacuan empat roda sebenar, teknologi hibrid generasi baharu serta pelbagai ciri keselamatan dan keselesaan premium.
Gabungan ini menjadikannya sebuah SUV yang mengharmonikan prestasi dan kecekapan tanpa perlu memilih salah satu.
Teknologi hibrid yang digunakan dibangunkan untuk mengekalkan prestasi pemanduan, sambil meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.
Pendekatan ini sekali gus mengubah persepsi bahawa kenderaan hibrid perlu mengorbankan keseronokan ketika memandu.
Dalam masa yang sama, TANK menawarkan keseimbangan antara keselesaan premium dan keupayaan sebenar di laluan mencabar, menjadikannya SUV yang sesuai untuk pelbagai gaya hidup moden.
Diuji dalam keadaan ekstrem
Bagi TANK, keupayaan itu bukan sekadar dakwaan, sebaliknya dibuktikan menerusi pencapaian sebenar di pentas antarabangsa.

Dalam Taklimakan Rally 2026, antara perlumbaan lasak paling ekstrem di dunia, TANK berjaya meraih kemenangan dalam pelbagai kategori selain mencatatkan sifar kegagalan jentera rasmi sepanjang perlumbaan.
Dengan laluan yang merangkumi padang pasir, permukaan berbatu dan keadaan cuaca yang mencabar, pencapaian itu menjadi bukti jelas terhadap tahap ketahanan, kebolehpercayaan serta kejuruteraan jenama berkenaan dalam situasi paling sukar.
Pencapaian tersebut mengukuhkan reputasi TANK sebagai SUV yang bukan sekadar tampil dengan imej lasak, tetapi turut memiliki prestasi yang diuji dan dibuktikan.
Keupayaan tersebut diterjemahkan menerusi dua model utama yang menjadi tumpuan pengguna iaitu TANK 300 HEV dan TANK 500 HEV.
TANK 300 HEV dan TANK 500 HEV jadi tumpuan
Antara model yang mencuri perhatian ialah TANK 300 HEV dan TANK 500 HEV, masing masing membawa karakter dan fokus berbeza.
TANK 300 HEV membawa identiti lebih rugged dan bersifat adventure. Ia direka untuk pemandu yang aktif, gemar meneroka dan memerlukan SUV yang fleksibel dalam pelbagai keadaan jalan.
Gabungan sistem hibrid, keupayaan off road dan kecekapan menjadikannya SUV yang seimbang antara prestasi dan penggunaan harian.
Sementara itu, TANK 500 HEV pula membawa pendekatan lebih premium dan sofistikated.
Dengan ruang kabin lebih luas, konfigurasi tujuh tempat duduk serta ciri keselesaan moden, ia direka untuk keluarga yang mengutamakan keselesaan tanpa mengorbankan keupayaan sebenar SUV.
Kedua-dua model ini mengekalkan DNA utama TANK sebagai SUV yang tidak hanya bergantung kepada reka bentuk, tetapi dibina atas asas keupayaan, keyakinan dan kawalan pemanduan.
Di Malaysia pula, komuniti pemilik TANK terus berkembang menerusi pelbagai aktiviti seperti konvoi, pemanduan pengembaraan dan pertemuan gaya hidup.
Pengalaman dunia sebenar ini membuktikan keupayaan TANK tidak terhad kepada spesifikasi atas kertas semata-mata, malah memberi keyakinan dan pengalaman pemilikan yang lebih menyeronokkan dalam penggunaan harian.
Dalam segmen SUV premium masa kini, pengguna sering berdepan pilihan antara kemewahan, teknologi atau keupayaan sebenar sesebuah kenderaan.
TANK hadir dengan pendekatan berbeza yang menggabungkan ketiga-tiga elemen tersebut dalam satu pakej lengkap tanpa mengorbankan prestasi, keselesaan atau versatiliti.
Selain itu, TANK turut membawa aspirasi untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama SUV premium global berasaskan keupayaan sebenar, sambil menarik minat pengguna yang mencari lebih daripada sekadar kenderaan harian.
Dengan gabungan keupayaan, teknologi hibrid tanpa kompromi, keselesaan premium dan ketahanan terbukti, TANK membuka ruang baharu dalam segmen SUV moden.
Bagi mereka yang mencari SUV premium dengan gabungan teknologi moden, keselesaan dan keupayaan sebenar dalam pelbagai situasi pemanduan, TANK menawarkan nilai yang sukar diketepikan.
Maklumat lanjut mengenai TANK 300 HEV dan TANK 500 HEV termasuk spesifikasi, ciri serta sesi pandu uji boleh didapati menerusi laman web rasmi GWM Malaysia.
© New Straits Times Press (M) Bhd




