Sebuah buku berjudul Wanita Syurga penulisan pempengaruh Aisyah Hijanah menjadi perhatian selepas seorang netizen mendakwa terdapat banyak ayat al-Quran yang tidak tepat dalam naskhah tersebut.
Menerusi satu hantaran di media sosial, individu berkenaan turut meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memilih buku berunsurkan agama.
“Moga Allah beri hidayah kepada mereka suami isteri”
Individu ini turut berdoa semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah kepada Aisyah Hijanah dan suaminya.

Terbaru, Aisyah tampil memberi penjelasan menerusi satu perkongsian di media sosial. Menurutnya, dia menerima beberapa mesej daripada rakan dan kenalan berhubung isu yang dibangkitkan mengenai naskhah Wanita Syurga.
Penjelasan Aisyah Hijanah

Aisyah menjelaskan bahawa buku tersebut merupakan hasil penulisan bersama seorang ghostwriter. Bagaimanapun, dia tidak mahu meletakkan kesalahan kepada pihak lain kerana hanya namanya dipaparkan pada buku berkenaan.

Menurut Aisyah, imejnya sebagai figura Islamik menuntut dia untuk lebih berhati-hati terhadap setiap bahan yang disampaikan kepada masyarakat.
Mohon maaf kepada masyarakat

Dalam satu kenyataan rasmi, Aisyah memohon maaf kepada pembaca, para asatizah dan seluruh masyarakat atas kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya.
Aisyah mengakui bahawa kesilapan tersebut merupakan tanggungjawabnya sebagai penerbit dan individu yang membawa nama pada buku berkenaan.
Dia turut menegaskan bahawa niat yang baik untuk berkongsi ilmu tidak boleh dijadikan alasan terhadap kecuaian yang berlaku.
Hentikan jualan dan tarik semula buku

Susulan isu tersebut, Aisyah memaklumkan bahawa dia telah mengambil beberapa tindakan segera bagi memperbaiki keadaan.
Antaranya ialah menghentikan sementara penjualan semua buku di bawah penerbitannya dan menarik semula Wanita Syurga daripada semua kedai buku serta platform jualan dalam dan luar talian.
Selain itu, kandungan buku berkenaan akan disemak semula secara menyeluruh.
Versi yang telah diperbetulkan juga akan disediakan dalam bentuk digital kepada pembaca yang mahu mendapatkan naskhah yang telah dikemas kini.
Pssttt! Dakwaan melibatkan kesilapan ayat al-Quran sememangnya wajar dipandang serius dan diperiksa dengan teliti. Tindakan Aisyah mengaku bertanggungjawab, menghentikan jualan serta menarik semula buku itu merupakan langkah penting bagi memastikan kandungannya diperbetulkan dan kesilapan sama tidak berulang.
Kredit: Thread Aisyah Hijanah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




