Tetapi Ini bukan tentang burung – Hantaran Abby Abadi tuju siapa?

Tetapi Ini bukan tentang burung – Hantaran Abby Abadi tuju siapa?

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik satu luahan berbentuk kiasan di media sosial yang mengundang pelbagai respons daripada pengikutnya.

Bukan tentang burung

Menerusi hantaran berkenaan, Abby tampil berkongsi kata-kata berbentuk kiasan sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya.

“Nanti jika aku sudah berhasil, akan ku ceritakan macam mana susahnya seekor burung terbang dengan satu sayap.
“Tetapi ini bukan tentang burung.” tulis Abby.

Perkongsian berkenaan pantas mencetuskan pelbagai tafsiran dalam kalangan warganet yang cuba mengaitkan maksud di sebalik kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, Abby tidak menjelaskan individu atau situasi sebenar yang dimaksudkan menerusi luahan berkenaan.

Dalam masa sama, ramai mendakwa hantaran itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kenyataan yang dimuat naik bekas menantunya, Ahmad Aslam, sebelum ini yang turut menggunakan kiasan mengenai seekor burung.

Walaupun kedua-dua mereka tidak menyatakan secara langsung bahawa hantaran tersebut ditujukan kepada mana-mana pihak, persamaan penggunaan kiasan mengenai “burung” mengundang spekulasi dalam kalangan netizen bahawa ia saling berkait.

Artikel lain: Abby Abadi luah rasa syukur, Aslam-Marissa bukan lagi suami isteri -“Alhamdulillah”

Terdahulu, Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila berita mengenai penceraian anaknya, Marissa Dania Hakim telah disahkan oleh mahkamah syariah.

Mahkamah memutuskan hubungan perkahwinan mereka telah berakhir dan kedua-duanya perlu melalui akad nikah baharu sekiranya mahu kembali bersama.

Difahamkan, Aslam sebelum ini didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali sebelum pasangan itu dilaporkan kembali rujuk.

Sumber: Instagram abbyabadi

Scroll to Top