“Ini First & Last Bawa Watak Penyondol” 

“Ini First & Last Bawa Watak Penyondol” 

Pelakon Zara Zya berkata ini merupakan yang pertama dan kali terakhir buar dirinya membawakan watak penondol.

Memetik Harian Metro, Zara berkata meskipun gembira dengan respon daripada penonton namun keputusannya itu adalah untuk dirinya sendiri.

BACA: “Bonus Kalau Pandai Mengaji” – Zara Zya Suka Lelaki Pandai Wiring, Buat Kerja Berat

“Saya gembira untuk membalas dan juga membaca. Bagi saya sendiri, ini ‘first and last’ saya bawa watak penyondol macam ini. Lepas ini insya-Allah tak ada dah.

“Bukan takut untuk dibenci oleh peminat atau sesiapa, tapi ini untuk diri saya sendiri. Untuk menjayakan watak ini pun bila dapat skrip, mula-mula pun saya cakap, mungkin kita boleh ‘cheat’ sana ‘cheat’ sini dan ada yang berlebihan pun boleh kita bincang macam mana, kan?

“Tapi bila skrip ‘ongoing’ ini dia agak payah. So untuk akan datang, saya akan lebih berhati-hatilah. Macam saya rasa saya tak sesuai untuk Dhia ini. Tapi apa pun saya cuba yang sehabis baiklah,” katanya.

Sementara itu, Zara berkata dia memahami jika ada peminat yang kecewa tindakannya menerima watak berkenaan serta memohon maaf dan akan lebih berhati-hati dalam memilih watak selepas ini.

“Kontrak pun dah sain, kan? Lagipun drama ini skrip tak siap sepenuhnya masa di awal lagi. Jadi skrip ‘ongoing’. Benda itu saya tak baca dari awal. Tapi kalau dari awal pun, Zara rasa benda ini ‘fun’ untuk saya.

“Tapi di hujung-hujung ini seram pulalah. Tapi untuk sesiapa yang kecewa, saya minta maaf, minta ampun sangat-sangat. 

“Macam di awal yang saya cakap, tontonlah drama ini, tontonlah watak ini dengan secara positif yang sekadar niat ingin menonton saja,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top