Pas sokong kerusi ditandingi UMNO-BN, Akmal Saleh ucap terima kasih

Pas sokong kerusi ditandingi UMNO-BN, Akmal Saleh ucap terima kasih

SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyambut baik tindakan Pas yang mengeluarkan arahan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Beliau menyifatkan perkara tersebut sebagai perkembangan positif dengan dimulai di negeri Johor.

“Terima kasih Pas. Insya-ALLAH kita mulakan di Johor dan seterusnya di negeri lain. #tetapOnn,” katanya menerusi hantaran ringkas yang dimuat naik di media sosial pada Ahad.

Pas dilaporkan mengeluarkan arahan itu dengan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik berkata, yakin ahli parti berkenaan memahami berapa perlunya penyatuan ummah dan PN ialah wadah penyatuan tersebut.

Terdahulu, jumlah kerusi ditandingi Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dikurangkan kepada 11 berbanding 15 kerusi pada PRN sebelumnya.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pengurangan jumlah kerusi yang ditandingi Pas bukanlah satu isu kerana keputusan tersebut dibuat berdasarkan pertimbangan semasa dan strategi terbaik bagi menghadapi pilihan raya.

Scroll to Top