Bajet Bawah RM3,000 Je, Ini Antara Gadget Xiaomi Yang Patut Masuk Wishlist!

Bajet Bawah RM3,000 Je, Ini Antara Gadget Xiaomi Yang Patut Masuk Wishlist!

Jujurnya, tak semua orang sanggup berbelanja RM4,000 hingga RM6,000 semata-mata nak dapat telefon dengan kamera cantik, bateri tahan lama dan prestasi laju. Betul tak?

Sebab tu ramai sekarang mula cari peranti yang boleh bagi pengalaman ala flagship tanpa perlu mengorbankan separuh gaji bulanan.

Kalau anda pun tengah survey telefon baharu, Xiaomi baru-baru ini melancarkan beberapa produk yang menarik perhatian Min. Paling mencuri tumpuan sudah tentulah Xiaomi 17T Series yang hadir dengan spesifikasi premium pada harga yang jauh lebih mesra poket.

Xiaomi 17T Series: Bila Harga Bukan Flagship, Tapi Spesifikasi Macam Flagship

Antara perkara pertama yang buat Min tertarik ialah Xiaomi akhirnya membawa kamera Leica 5x Telephoto ke kedua-dua model Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro.

Bagi yang suka ambil gambar makanan sebelum makan, tangkap gambar konsert dari jauh atau jenis suka zoom benda yang tak sepatutnya dizoom, fungsi ini memang sangat berguna ye.

Lebih menarik, kamera telefoto 50MP ini mampu menghasilkan zoom optikal berkualiti sehingga 10x dan menyokong AI Ultra Zoom sehingga 120x. Wow!

Kalau anda nak rakam video untuk TikTok, Reels atau content harian pun lagi seronok tau sebabnya Xiaomi 17T Pro ni hadir dengan rakaman sinematik 4K 60fps yang memberi hasil lebih kemas dan profesional.

Bateri Besar Sampai Lupa Mana Letak Charger

Kalau ada satu benda yang semua orang benci, mestilah bateri cepat habis.

Xiaomi nampaknya faham masalah ini.

Xiaomi 17T hadir dengan bateri 6500mAh, manakala Xiaomi 17T Pro pula dibekalkan bateri 7000mAh – terbesar pernah ditawarkan dalam siri Xiaomi setakat ini.

Maksudnya apa gais?

Scroll TikTok, layan Netflix, edit gambar, balas WhatsApp pejabat, pergi cover event, buka Waze dan stalk bekas teman lelaki pun masih ada bateri lagi sebelum tidur.

Jadi untuk anda yang sentiasa bergerak, ini memang satu kelebihan besar.

Skrin Cantik, Mata Pun Tak Cepat Penat

Sebenarnya ramai orang fokus pada kamera dan bateri, termasuklah Min. Haha. Tapi hakikatnya kita menghadap skrin telefon berjam-jam setiap hari tau.

Oleh hal demikian, Xiaomi 17T Series hadir dengan paparan Xiaomi-custom M10 AMOLED 1.5K sehingga 3500 nits yang kekal terang walaupun di bawah cahaya matahari. Fuh!

Lebih menarik, siri ini merupakan telefon pintar pertama menerima pensijilan TÜV Rheinland Quadruple Eye Care yang membantu mengurangkan ketidakselesaan mata ketika penggunaan berpanjangan.

Senang cerita, maraton drama sampai Subuh pun tak ada hal lah sebab rasa lebih selesa!

Nak Lagi Syok? Lengkapkan Setup Dengan Wearables Xiaomi

Kalau dah upgrade telefon, apa kata upgrade sekali aksesori harian? Ada pelbagai pilihan yang boleh dipilih. Nah baca di bawah ni:

Xiaomi Watch S5 46mm

Jam pintar ini bukan sekadar tunjuk masa. Ia hadir dengan lebih 150 mod sukan, pemantauan kesihatan, analisis tidur dan bateri yang boleh bertahan sehingga 21 hari.

Dengan harga promosi RM659 di laman rasmi Xiaomi Malaysia, ia antara smartwatch yang menawarkan pelbagai fungsi pada nilai yang berbaloi.

Xiaomi Smart Band 10 Pro

Untuk anda yang nak sesuatu lebih ringkas dan ringan, Smart Band 10 Pro mungkin pilihan yang lebih sesuai.

Walaupun kecil, ia masih dilengkapi pemantauan kesihatan, analisis tidur, lebih 150 mod sukan dan hayat bateri sehingga 21 hari.

Harga promosi RM279 pula memang susah nak complain. Wajib ada!

Xiaomi Buds 6

Kalau anda jenis yang tak boleh hidup tanpa muzik atau podcast, Xiaomi Buds 6 patut masuk wishlist.

Ia hadir dengan teknologi audio yang ditala oleh Harman, fungsi Active Noise Cancellation (ANC) dan rekaan yang selesa dipakai untuk tempoh lama.

Harga promosi RM399 menjadikannya pasangan yang cukup ngam untuk Xiaomi 17T Series.

Bila Rumah Pun Boleh Jadi Lebih Pintar

Selain telefon dan wearables, Xiaomi turut memperkenalkan beberapa produk smart home yang menarik seperti Xiaomi Robot Vacuum H50 Series, Mijia Air Conditioner GentleAir dan Mijia Washer Dryer Series.

Kesemuanya boleh dihubungkan melalui aplikasi Xiaomi Home untuk kawalan yang lebih mudah dan pintar.

Pendek kata, daripada telefon dalam poket sehinggalah peralatan dalam rumah, semuanya boleh berada dalam satu ekosistem yang sama.

Berbaloi Ke?

Kalau tanya Min, Xiaomi 17T Series berada dalam kategori yang paling menarik sekarang untuk mereka yang mahukan pengalaman flagship-level tanpa perlu mengeluarkan bajet flagship.

Dengan harga bermula RM2,399, anda bukan sahaja dapat kamera Leica, bateri besar dan prestasi mantap, malah boleh membina satu ekosistem teknologi yang lengkap bersama smartwatch, earbuds dan peranti rumah pintar Xiaomi.

Jadi kalau dah lama asyik cakap “nanti lah upgrade”, mungkin ini masa yang sesuai untuk mula tengok apa yang Xiaomi tawarkan. Jangan sampai terlepas!

Klik LINK INI untuk info lanjut.


Scroll to Top