Asyraf Wajdi persoal kenapa pimpinan PH ‘sentap’, ‘meroyan’ bila Pas sokong BN?

Asyraf Wajdi persoal kenapa pimpinan PH ‘sentap’, ‘meroyan’ bila Pas sokong BN?

SHAH ALAM – UMNO mengalu-alukan sokongan dan arahan Pas kepada penyokong mereka agar memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagaimanapun berkata, apa yang menjadi persoalan adalah reaksi pimpinan Pakatan Harapan (PH).

ARTIKEL BERKAITAN: Arahan Pas’ sokong BN kerana PN tidak mampu tubuh kerajaan Johor – Khaled Nordin

Khairuddin Takiri ajak ahli Pas undi BN di kawasan tidak tanding

‘Seolah-olah wujud kerjasama BN-PN’ – DAP Johor

“Kenapa pimpinan PH pula yang ‘sentap’ dan ‘meroyan’?

“Dalam sistem demokrasi pilihan raya, adalah menjadi hak dan kebebasan untuk sesiapa sahaja menyokong dan mengundi calon pilihan mereka,” katanya menerusi laman Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, Pas dilaporkan mengeluarkan arahan tersebut apabila Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik berkata, dirinya yakin ahli parti berkenaan memahami betapa perlunya penyatuan ummah dan Perikatan Nasional (PN) ialah wadah penyatuan tersebut.

Jumlah kerusi ditandingi Pas dalam PRN Johor ke-16 dikurangkan kepada 11 berbanding 15.

Tambah Asyraf Wajdi, sudah tentu UMNO-BN amat terbuka dan mengalu-alukan sokongan sesiapa sahaja termasuk ahli dan penyokong parti-parti lawan.

“Namun UMNO-BN akan lebih fokus mendapatkan sokongan rakyat yang berparti ataupun tidak dengan memperlihatkan pelbagai kehebatan dan kejayaan kerajaan BN di bawah Datuk Onn Hafiz sepanjang empat tahun menerajui Johor,” ujarnya.

Scroll to Top