Oh! Negara
Lantikan Azam Baki ke NFCC dibuat atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan kapasiti individu.
Isu lantikan Azam Baki sebagai penasihat di Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan atau NFCC nampaknya kembali jadi perhatian selepas perkara itu dipersoalkan beberapa pihak.
Menjawab persoalan tersebut, Tan Sri Azam Baki tampil menjelaskan lantikan itu bukan dibuat atas jawatan beliau sebagai bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebaliknya atas pengalaman luas dalam bidang penguatkuasaan.
Lantikan Azam Baki dapat perkenan Agong

Menurut Azam, beliau dilantik atas perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Seksyen 5 Akta NFCC.
Beliau berkata, lantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman selama 37 tahun dalam bidang penguatkuasaan dan bukannya kerana kedudukannya sebelum ini dalam SPRM.
Saya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bukan sebab jawatan saya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, tetapi kerana 37 tahun pengalaman dalam penguatkuasaan.- Katanya.
Isu pelantikan dibangkitkan pembangkang

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempersoalkan justifikasi lantikan Azam sebagai penasihat NFCC.
Perkara itu dibangkitkan susulan beberapa isu yang dikaitkan dengan Azam sebelum ini termasuk dakwaan berkaitan korporat mafia dan pemilikan saham.
Timbalan Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Mike Chong Yew Chuan turut dilaporkan menggesa kerajaan memberikan penjelasan segera berhubung dakwaan pelantikan tersebut.
NFCC jelaskan status lantikan

Azam menjelaskan lantikan pertamanya ke NFCC bermula Mac 2021 hingga Mac 2024 sebelum dilantik semula bagi tempoh September 2024 hingga September 2027.
Sementara itu, Ketua Pengarah NFCC, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata lantikan Azam sebagai anggota Lembaga Penasihat bagi tempoh 20 September 2024 hingga 19 September 2027 dibuat atas kapasiti individu dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, keanggotaan Azam dalam Lembaga Penasihat NFCC tidak terikat kepada jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan kekal berkuat kuasa sehingga tamat tempoh pelantikan, melainkan ditamatkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong.
Pssttt! Dalam isu macam ni, penting juga untuk semua pihak semak fakta sebelum buat kesimpulan. Bila melibatkan lantikan rasmi dan institusi besar, penjelasan daripada pihak berkaitan memang perlu supaya orang ramai tak terus tertanya-tanya.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




