Oh! Negara
Anwar Ibrahim seru rakyat Johor pilih wakil rakyat yang faham keutamaan rakyat pada PRN Johor.
PRN Johor kali ini nampaknya jadi medan penting buat Pakatan Harapan untuk yakinkan rakyat tentang hala tuju negeri itu.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat Johor memerlukan pimpinan dan wakil rakyat yang bijak menilai keutamaan, berani buat keputusan serta benar-benar faham denyut nadi rakyat.
Anwar Ibrahim mahu Johor terus maju

Menurut Anwar, PH akan terus membawa suara rakyat, mempertahankan kepentingan negeri dan memacu Johor supaya menjadi lebih maju serta hebat untuk semua.
Beliau turut menyeru jentera PH supaya bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon-calon parti itu pada PRN Johor kali ini.
Kita nak pilih wakil rakyat dan pimpinan yang mewakili kepentingan rakyat di Johor, rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India work together, build this nation, angkat negeri ini menjadi hebat.- Katanya.
PH bertanding semua kerusi DUN

Anwar memulakan kempen hari pertama PH di Johor dengan menghadiri tujuh program di beberapa kawasan.
Program itu melibatkan sesi pertemuan bersama rakyat, ceramah, ramah mesra dan program komuniti setempat sebagai usaha memperkukuh sokongan pengundi terhadap PH menjelang hari pengundian.
Pada PRN Johor kali ini, PH meletakkan calon di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Hari mengundi ditetapkan 11 Julai

Daripada jumlah itu, PH mempertaruhkan 20 calon PKR, 19 calon Amanah dan 17 calon DAP. Secara keseluruhan, PRN Johor menyaksikan 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi DUN.
Hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai, manakala 7 Julai pula sebagai tarikh pengundian awal.
Pssttt! Dalam musim pilihan raya macam ni, yang paling penting rakyat kena nilai calon dengan matang. Jangan hanya tengok bendera parti, tapi lihat juga siapa yang benar-benar mampu bawa suara rakyat dan jaga masa depan negeri.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




