Tular di media sosial sejak semalam surat tulisan tangan didakwa ditulis oleh suspek kes tikam di sekolah menengah di Banting, Selangor.
Antara tulisan yang tular adalah senarai nama dikatakan sasaran pelaku pada hari kejadian.
Terbaru, Harian Metro melaporkan bapa mangsa menafikan tuduhan anaknya yang menjadi mangsa adalah pembuli.
Keluarga tunggu hasil siasatan polis

Mohd Firuz Ibrahim, berkata keluarganya tidak mahu membuat sebarang tuduhan atau kesimpulan awal kerana kesahihan surat berkenaan masih belum dapat dipastikan.
Menurut Mohd Firuz lagi, ada pihak yang turut menghantar senarai nama daripada surat tular itu kepadanya menerusi WhatsApp.
Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak mengulas panjang dan menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk disiasat.
Sehingga kini tiada siapa dapat mengesahkan kesahihan surat berkenaan termasuk sama ada ia benar-benar ditulis oleh suspek atau sengaja dimanipulasi pihak tertentu.
Mohd Firuz tidak menafikan terdapat satu nama dalam surat tular itu yang kelihatan hampir sama dengan nama anaknya.
Kalau betul pun, kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan kalau betul dia (suspek) sakit, takkan dia boleh fikir sampai macam tu kan?
Menjawab dakwaan kononnya anaknya terlibat dalam kegiatan buli, Mohd Firuz menegaskan perkara itu tidak benar sama sekali.
Katanya, anaknya lebih bersikap pendiam dan bukan jenis yang kerap keluar atau bergaul bebas dengan rakan sekolah.
Walaupun menafikan dakwaan itu, Mohd Firuz berkata pihak keluarga tetap terbuka sekiranya polis mahu mendapatkan kerjasama bagi menyiasat sebarang dakwaan yang timbul.
Pssttt! Bila sesuatu kes sudah tular, memang ramai akan cepat membuat andaian. Tetapi dalam situasi melibatkan pelajar sekolah, mangsa, suspek dan keluarga kedua-dua pihak, kita perlu lebih berhati-hati sebelum menuding jari.
Biarlah pihak polis menjalankan siasatan terlebih dahulu. Pada masa sama, semoga mangsa terus kuat, segera pulih dan semua pihak yang terkesan diberi keadilan sewajarnya.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




