SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengulang siar video Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan ketika turun berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Ahad lalu.
Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook pada Rabu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, Ahmad Maslan seolah-olah ‘hilang kemahiran berpantun’ sejak akhir-akhir ini sedangkan umum mengetahui beliau jaguh menjual dan membeli pantun.
“Dah hilang sikit ‘kemahiran berpantun’ Tok Mad Maslan sejak akhir-akhir ini,” katanya dalam nada mengusik.
Berdasarkan petikan video pendek itu, Ahmad Maslan dilihat mengulangi rangkap pantun popular yang pernah digunakannya ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada September 2019.
Ia kononnya bertujuan menarik sokongan pengundi menentang gabungan Pakatan Harapan (PH) pada ketika itu.
Bagaimanapun dalam kempen PRN Johor kali ini, Ahli Parlimen Pontian itu menukar rangkap terakhir pantun kepada; jika tuan pergi memancing, jangan lupa membawa umpan, jika tak mahu kena kencing, jangan sokong ‘parti itu’.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolah
Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPN
Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis
‘Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali’ – Bapa pelajar ditikam di sekolah
Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis
Pelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantin
Kes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuh
Suspek kes tikam pelajar direman empat hari
Kes tikam pelajar: Peguam sahkan suspek OKU
“Macam tak kena je pantun itu?” seloroh Ahmad Maslan ketika program sembang santai bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah Ring Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.
Situasi itu mengundang gelak tawa dalam kalangan penyokong Barisan Nasional (BN) memandangkan PRN Johor ke-16 menyaksikan PH dan BN bertanding secara berasingan di semua 56 kerusi DUN.
Kedua-dua gabungan bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, namun situasi politik di peringkat negeri Johor menyaksikan parti bertembung sesama sendiri.
Meskipun empat baris pantun itu menjadi memori politik yang melucukan, naratif dan pendirian parti disesuaikan dengan realiti pentadbiran negara masa kini, malah ia masih diguna pakai sebagai modal kempen.



