Dokumentari 'Selekoh Akhir' curi tumpuan

Dokumentari 'Selekoh Akhir' curi tumpuan

Kuala Lumpur : Pusat tuisyen terkemuka negara, PTTI terus mencetuskan kelainan apabila menganjurkan acara tayangan perdana dokumentari “Selekoh Akhir PTTI – The Untold Story Behind The A’s”, baru-baru ini.

Inisiatif eksklusif itu bertujuan menyuntik inspirasi baharu buat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya mereka yang sedang bergelut dengan pelajaran, dengan mengetengahkan kisah sebenar pengorbanan serta kesungguhan barisan pelajar, ibu bapa dan guru.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana, naskhah berkenaan dihasilkan khusus bagi membuka mata masyarakat mengenai proses kerja keras yang berlaku di sebalik tirai kejayaan luar biasa pusat tuisyen itu.

Beliau berkata, rakyat Malaysia nampak kejayaan keputusan SPM yang dibina oleh PTTI namun semua tidak tahu bagaimana proses kejayaan itu dihasilkan berulang-ulang kali.

“Itulah sebab kami hasilkan dokumentari ini,” ujarnya.

Pada masa sama, PTTI turut memperkenalkan barisan tenaga pengajar utama Program Selekoh Akhir yang menjadi tulang belakang syarikat.

Cikgu Fana memperincikan bahawa Program Selekoh Akhir adalah pelan persediaan intensif selama tiga bulan terakhir sebelum bermulanya peperiksaan SPM yang direka khas untuk membantu calon yang masih lemah atau ketinggalan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pertumbuhan (CGO) PTTI, Sir Race menegaskan falsafah utama program ini adalah berdasarkan keyakinan bahawa setiap pelajar mempunyai peluang kedua untuk mengubah keputusan akademik mereka.

“Di PTTI, kami percaya tiada pelajar yang terlalu lewat untuk berubah. Selagi belum melangkah ke dewan peperiksaan, peluang untuk bangkit sentiasa ada. Program ini membuktikan dengan bimbingan tepat, pelajar gagal juga mampu cemerlang jika mereka buat keputusan untuk bermula sekarang,” ujarnya.

Majlis tayangan perdana bertaraf karpet merah itu turut dihujani kehadiran selebriti dan pempengaruh terkenal tanah air antaranya Datuk AC Mizal selaku hos, Datin Emylia, MK K-Clique, Iman Troye, Madammu, Asyraf Khalid dan Tya Arifin.

Turut hadir adalah penyanyi remaja, Alyssa Dezek yang juga merupakan alumni program Selekoh Akhir 2025 yang berjaya membuktikan keberkesanan formula PTTI apabila meraih keputusan cemerlang 9A dalam SPM baru-baru ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top